Perjalanan bergelar finalis simplysiti star search




Assalammualaikum..
hidayah nak share sikit tentang  perjalanan hidayah dalam pencarian simplysiti star search banyak dugaan yang hidayah lalui . beberapakali hidayah pernah mimpikan DATO SITI NURHALIZA namun hidayah tidak pasti apa maksud di sebalik mimpi hidayah,, pada bulan mei hidayah dapat tahu dari rakan hidayah di mana SIMPLYSITI EAU DE PARFUM telah adakan pencaraian simplysiti star search yang telah berkerjasama dengan MIG METROWEALTH dan majalah LISA selaku majalah rasmi untuk pencarian bintang dalam filem baru MEJAR DAVID TEO dan tanpa fikir panjang hidayah dengan  bersemangat nya telah hadirkan diri pada 12hb/MEI/2012 di komplex pusat bandar pasir gudang untuk audition..dan semasa audition hidayah di minta menyanyi,menari dan berlakon hidayah dapat lakukan kesemuanya walaupon ada yang cacatnya di setiap apa yang hidayah buat tetapi yelah pepetah MEJAR DAVID TEO bintang dicipta bukan dilahirkan tetapi di lahir kan wooo..hidayah menpunyai bakat menyanyi,berlakon,mengacara cume harus di gilap lagi supaya bakat yang sedia ada menjadi mantoppp..dan selepas hidayah habis audition hidayah di kritik oleh barisan juri salah seorang juri iatu ABG AZAHARI pengarah yang cukup hebat.kritikan di beri hidayah ambil dengan hati yang ikhlas agar hidayah dapat perbaiki bakat hidayah dan hidayah diberi bintang dari kesemua juri yang ada alhamdulilah.selepas hari tu kesemua peserta di beritahu akan di hubungi sekiranya layak ke peringkat seterusnya hari demi hari hidayah menunggu pangilan dari simplysiti .sehingga la satu hari  hidayah dapat mesej dari rakan hidayah yang sama-sama turut sertai audition pada hari tu, dia beritahu hidayah yang dia terima  mesej dari simplysiti dimana dia layak kepusingan seterusnya,, apa yang buat hidayah sedih  hidayah tak dapat pon mesej mcm kawan hidayah dapat.. lama hidayah tunggu  sampai la hari esok tak ada mesej pon akhirnya hidayah terima hakikat yang hidayah tak berjaya..tapi ada satu kegembiraan yang lain datang pada hidayah iatu terpilih menjadi pelakon dalam filem seram dari sebuah production pelikkan tetiba je dapat berlakon hehe sebenarnya selepas audition simplysiti star search abg ipar hidayah suka baca peper jadi dia terbaca di mana sebuah production sedang mencari pelakon tambahan so abg ipar hidayah cakap kat hidayah nah daia nak jadi pelakon kan hidayah pon amek peper yang da di koyak kan oleh abg ipar hidayah heheh dan terus pergi ke @mart kempas selaku tempat yang di pilih untuk jalani audition tersebut  tidak ku sangka diri ini telah terpilih untuk menjadi pelakon dalam filem tersebut dan sehari sebelum berjumpa pengarah  hidayah dapat satu pangilan di mana hidayah terpilih ke peringkat seterusnya dalam pencarian simplysiti star search mereka beritahu yang hidayah tersalah tulis no.hp masa isi borang hari tu sebab tu tak dapat mesej macam rakan hidayah tapi macamane diorg boleh call hidayah ahhh itulah namanya jika rezeki tak kan kemana ALLAH punya kuasa..dan masa tu jantung bagai nak gugur kalau ada muzik macam nak menari dan kalau ada sayap macam nak terbang..tapi tetiba  hidayah jadi runsing pulak mcmne dgn filem seram tu?? hidayah tenangkan hati minta pendapat mak ayah serta keluarga dan rakan2 mereka semua nasihatkan hidayah agar memilih simplysiti star search. jadi tanpa hidayah fikir panjang hidayah tolak tawaran menjadi pelakon dalam filem seram tu selepas tu hidayah pon pergi ke kuala lumpur dengan mak.. semasa pergi kl hidayah drive sendiri  dengan keadaan kesihatan yang begitu tidak baik dimana hidayah demam dan batuk yang teramat la teruk sampai saja di kl sehari sebelum casting  hidayah meginap di rumah rakan hidayah yang sama-sama dulu menjadi finalis gadis melayu 3 (tv9) mekaseh ya sahabat ku..dan keesokkan harinya hari debaran tiba alangkah sedihnya hidayah batuk semakin teruk sehinga tidak dapat duduk di dalam ofis mig metrowealth sebab batuknya boleh mengangu ketenteram orang ramai. hidayah di beri dua helai kertas kalau tak silap pada masa tu di dalam kertas itu tertulis perkara yang harus kami lakukan hidayah hanya baca kosong saja.sorang demi sorang di pangil untuk casting hidayah masih batuk yang teruk sehingga megeluarkan airmata dan masa tu hidayah hanya mampu redha sebab sakit yang di alami dari allah namun semangat hidayah masih menyala seperti api tidak akan padam.sehingga lah giliran hidayah tiba dengan bacaan bismilah dan minta mak doakan hidayah ,hidayah melangkah pergi sebaik saja masuk kedalam tempat di mana ramai yang sedang menunuggu hidayah..dengan ucapan assalammualaikum hidayah perkenalkan diri dan terus melakon watak yang menjadi pilihan hidayah bersama pelakon terkenal mat saja huhu. dan sebaik saja habis berlakon hidayah pon keluar dari situ dan menunggu jam 4 petang di mana pegumuman siapakah yang layak ke GRAND FINAL SIMPLYSITI SATR SEARCH..dap dip dup jantung ini berdegup melihat wajah dato siti nurhaliza dan semua juri yang ada di situ akhirnya pegumuman di lafaskan dari bibir manis DATO SITI NURHALIZA memangil namu ku HIDAYAH layak ke final ya allah hanya kau yang tahu perasaan ku masa tu doa mak didengar allah batuk ku membawa tuah....dan hari ini hidayah telah bergelar finalis simplysiti star search lalu hidayah mula temui maksud mimpikan DATO SITI NURHALIZA selama ni apa yang hidayah dapat sekarang hidayah rasa hidayah da menjadi juara kerna banyak dugaan untuk menjadi finalis..dan sampainya hari final nanti 15hb september ni jika rezeki berpihak pada hidayah itu adalah bonuss buat hidayah.dan akhir kata kepada anda yang baca perjalanan hidayah di dalam SIMPLYSITI STAR SEARCH pinjamkan lah hidayah 10 jari jemari dan 2 telapak tangan anda untuk   doakan kejayaan hidayah..Ini adalah minat hidayah dari kecil lagi..mungkin disini lah tempat sebenar untuk hidayah menpamerkan bakat semula jadi hidayah...salam sayang dariku( CAHAYA PERTUNJUK)

DARI KECIL KU IDAMKAN BILA BESAR KU NYATAKAN
BAKATKU DARI ILAHI MINAT KU DARI HATI.

No comments:

Post a Comment