Tentang Saya

Kehidupan saya amat la sederhana.. saya seorang gadis yang agak lasak dan lincah. Seorang yang gemar pada aktiviti yang mencabar. Saya ni boleh dikatakan seorang yang agak riuh. Dirumah, suasana boleh dikatakan sunyi tanpa saya.
Saya seorang yang suka melakukan sesuatu perkara dengan gigih. Jika saya berusaha sebaik mungkin untuk sesuatu perkara, tetapi saya gagal, saya akan berasa puas dan yang pasti saya tak jemu untuk berusaha lagi. Disebalik kegagalan disitulah kekuatan buat diri saya.
Tahun 2010 banyak memberi pengertian buat diri saya. Saya telah berjaya menjadi FINALIS GADIS MELAYU 3 (TV9). Selepas selesai program tersebut, saya pulang ke Johor tanam jagung.Huhuhu..Gurau jer. Di Johor saya aktif sebagai pengacara majlis, penyanyi, model pakaian dan yang paling best duduk rumah.
Dan kini tahun 2012 saya telah berjaya pula menjadi  FINALIS SIMPLYSITI STAR SEARCH. Nampaknya ALLAH berikan sekali lagi peluang buat saya dan kali ini saya tidak akan sia-siakan peluang ini..Saya akan cuba berusaha sehingga berjaya menjadi BINTANG satu hari nanti..amin. Ada nya saya  di bidang seni ini bukan la untuk mengejar glamour.Ini semua adalah kerana bakat dan minat saya yang mendalam ..
Seperti orang lain masing-masing ada minat sendiri.Ada yang jadi doktor, jadi pramugari dan lain-lain.Tetapi saya lebih berminat dan teringin sangat untuk menjadi seorang pelakon, penyanyi, model dan apa saja yang berkaitan dengan seni. Huhuhu.  Pencinta seni la katakan..dan akhir sekali saya berharap anda semua dapat memberikan saya peluang untuk mencari rezeki yang halal dengan bakat yang saya ada..ok lah nak celoteh panjang rasa nya tak abis sampai tahun 2013 jadi inilah serba sedikit tentang diri saya...

2 comments:

  1. nice la awak!usaha lagi!all the best!!

    ReplyDelete
  2. saya orang johor jugak..hope awak suksess..idop artis johor..:)

    ReplyDelete